Penjelasan Isu Halal Coklat Eyeglass

Dakwaan bahawa coklat Eyeglass With Candy mengandungi bahan ramuan dari sumber haram sebagaimana yang disebarkan oleh pengguna di media sosial ini adalah tidak benar.

Salah faham timbul apabila pengguna tidak memerhati dengan jelas label sebenar yang tertera “free from pig’s products and its Derivatives”

Untuk makluman, coklat Eyeglass With Candy keluaran Goodfood Industries Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Perlu diketahui, proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.

Justeru, jadilah pengguna yang bijak sebelum menyebar dan berkongsi sesuatu isu halal yang tular dengan merujuk pihak berwibawa agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah.

Untuk mengetahui status halal produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar MyJakim.

Sebarang kemusykilan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh ikuti penjelasan lanjut di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM.

One thought on “Penjelasan Isu Halal Coklat Eyeglass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: