Peneroka Kena Ingat Semua Fitnah Pembangkang Pada Felda

Pada Ahad, pembangkang telah mengadakan Konvensyen Warga Felda 2017 dengan menawarkan lima resolusi yang kononnya sebagai pelan pemulihan Felda jika mereka menang pilihan raya umum akan datang.

Antara resolusi berkenaan, Pakatan Harapan akan membatalkan semua transaksi termasuk pelaburan dalam PT Eagle High Plantation dan pinjaman wang dari Putra Star Investment.

Menariknya, pembangkang cuba memancing peneroka Felda dengan memberikan pelbagai janji namun pada masa yang sama merekalah yang banyak memfitnah Felda hingga merosakannya namanya.

Malah Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan sebelum ini pernah menuduh FELDA mengambil hutang bagi membiayai Bonus Insentif Produktiviti Peneroka (BIPP), berhutang untuk bayar bonus peneroka dan dana Felda telah lesap.

Nampaknya hukuman penjara 18 bulan kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi dan denda RM200,000 kerana menfitnah National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) tidak membuatkan Rafizi serik, jadi bolehkah kita menaruh sepenuh harapan kepada beliau?

Begitu juga dengan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain yang diperintah oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar membayar ganti rugi berjumlah RM70,000 kepada FELDA dan anak syarikatnya berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah pada 2010.

Pernyataan fitnah itu terkandung dalam artikel pertama bertajuk ‘Felda Bankrap’ yang diterbitkan pada 22 Jun 2010 dan artikel kedua berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ bertarikh 29 Jun 2010 yang diterbit dan diedarkan oleh akhbar Suara Keadilan.

Begitu juga dengan seorang lagi pemimpin pembangkang, Mazlan Aliman yang diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM350,000 dan kos RM150,000 setelah didapati memfitnah Felda dengan menerbitkan buku ‘Felda … Dulu tolong Sekarang Ah Long,’.

Mazlan adalah Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan merupakan bekas pemimpin kanan PAS, kini menyertai serpihan parti Islam itu, Parti Amanah Negara (PAN).

Pembangkanglah yang banyak membedal Felda namun kini mereka melancarkan resolusi kononnya untuk membela peneroka Felda.

Ketika Felda sedang mengembangkan perniagaan di luar negara, agensi kerajaan ini telah difitnah, diserang dan ditohmah dengan bermacam perkara.

Perbuatan ini sebenarnya adalah mensabotaj Felda sendiri. Kepada peneroka Felda, janganlah terpedaya dengan helah ini.

Ketahuilah bahawa pembangkang tidak ikhlas untuk memperjuangkan nasih mereka sebaliknya mencari peluang dan ruang yang ada untuk kepentingan politik, apatah lagi pilihan raya umum semakin dekat.

Kenapa baru sekarang mereka mengadakan konvensyan kononnya mahu menyelamatkan Felda? Kenapa mereka tidak melakukannya sejak dulu lagi. Ini semua hanya usaha mereka untuk menonjolkan diri dan bagi tujuan menarik undi peneroka semata-mata.

Janganlah terpedaya dengan semua ini. Hakikatnya kerajaan tidak pernah mengabaikan masyarakat Felda dan pelbagai bantuan telah disalurkan kepada mereka.

One thought on “Peneroka Kena Ingat Semua Fitnah Pembangkang Pada Felda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: