Liverpool Sedia Untuk Pecutan Terakhir Kata Milner

 

James Milner berkata Liverpool sudah bersedia untuk menghadapi ‘pecutan terakhir’ pada baki sembilan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas seri 1-1 dengan Manchester City.

Pemain berusia 31 tahun itu meledak gol ketujuh musim ini menerusi sepakan penalti selepas beraksi selama 51 minit di Stadium Etihad untuk memberikan kelebihan kepada Liverpool, namun Sergio Aguero menyamakan kedudukan 18 minit kemudian.
Keputusan itu menyaksikan Liverpool memiliki empat mata kelebihan ke atas penghuni tangga kelima Manchester United, Milner berpuas hati kerana berjaya meraih satu mata daripada perlawanan ini.

“Satu mata sudah memadai — ia adalah satu keputusan yang positif berbanding tewas,” katanya.

“Kami sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik pada baki sembilan perlawanan.

“Kedua-dua pasukan telah memberikan yang terbaik. Kedua-dua pasukan berpeluang untuk memenangi perlawanan ini.”

Liverpool ketinggalan satu mata kepada penghuni tangga ketiga liga, City dengan satu mata, walaupun skuad kendalian Pep Guardiola masih memiliki kelebihan satu perlawanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: