‘Ini Wacana, Bukan Debat Budak-Budak’ – Nazri

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz, menyifatkan debatnya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai wacana dan bukan “debat budak-budak”.

Menegaskan penyertaannya tidak mewakili parti, Nazri berkata debat yang dijadual dianjurkan di Padang Rengas itu bukan untuk menentukan siapa kalah atau menang, lapor BH.

“Mana ada (untuk tentukan siapa kalah atau menang) kerana saya difahamkan ia wacana.

“Oleh itu, tanya soalan, saya jawablah. Ini bukan debat budak-budak. Ini debat serius. “Ini wacana, wa caya lu,” katanya.

Pada 12 Mac lalu, Nazri mengesahkan debat dengan Dr Mahathir akan diadakan di Padang Rengas, Perak bermula jam 3 petang, Sabtu ini.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, dilaporkan berkata, debat itu akan merangkumi isu berbangkit dalam negara seperti skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Dalam perkembangan lain, Nazri menolak dakwaan wabak selsema burung, H5N1 di China akan mempengaruhi ekosistem di Malaysia.

“Tidak (jejas)… burung itu akan terbang ke Malaysia juga bila tiba masanya, terutama menjelang musim sejuk di China.

“Ia tidak akan menjejaskan industri pelancongan kita,” katanya.

One thought on “‘Ini Wacana, Bukan Debat Budak-Budak’ – Nazri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: