Imej Berani Kristen Stewart Curi Perhatian

MENJADI bintang paling berani menggayakan berambut persis askar merupakan satu kegilaan yang pernah dilakukan Kristen Stewart.

Pelakon Twilight itu muncul dengan gaya botak sehingga membuatkan imej terbaharunya itu mencuri perhatian peminatnya.

Mengakui agak sukar untuk membiasakan diri dengan rambut pendek, kerana akan ada yang melihat dirinya dari sisi berbeza.

“Saya tak pernah berhenti menyentuh kepala sendiri sejak potong rambut pendek. Segalanya sudah tak seperti dulu,” katanya lagi yang bukan pertama kali mengubah imej rambutnya.

Membuat kemunculan kali pertama ketika tayangan filem Personal Shopper minggu lalu di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), jurugambar tidak berhenti-henti merakamkan imej pelakon itu.

 

One thought on “Imej Berani Kristen Stewart Curi Perhatian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *