Ibu Tiri Cungkil Mata Anak Tiri Kerana Kencing Malam Atas Katil

Ini namanya ibu tiri yang kejam dan busuk hati. Dia telah mencungkil mata anak tirinya yang berusia empat tahun sebagai hukuman kerana kencing malam atas katil.

Hukuman kejam itu berlaku di Zimbabwe. Lebih menyakitkan hati wanita itu mengaku melakukan hukuman tidak bertamadun itu dan sempat ketawa ketika membuat pengakuan terbabit.

“Dia bukan anak aku,” katanya kepada polis ketika disoal.

Tidak diketahui sama ada bapa kanak-kanak malang itu ada bersama ketika serangan tersebut berlaku.

Kencing malam adalah perkara biasa yang dialami kanak-kanak sehingga umur empat tahun manakala 40 kanak-kanak masih kencing malam pada usia tujuh setengah tahun.

One thought on “Ibu Tiri Cungkil Mata Anak Tiri Kerana Kencing Malam Atas Katil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *