Bertanding Hanya Sekadar Suka-Suka – Nik Abduh

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan beliau bertanding jawatan timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Pengkalan Chepa hanya ‘sekadar suka-suka’.

Nik Abduh dilapor kalah teruk dalam pemilihan kawasan itu bagi sesi 2017/2019 apabila gagal merebut jawatan  disandang Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin.
“Biarlah yang lapar fitnah itu beraya (kekalahan Nik Abduh) sekejap.
“Saya hanya bertanding sekadar suka-suka sahaja. Jawatan yang sudah ada ini (Ketua Dewan Pemuda PAS) pun sudah tidak larat hendak pikul,” katanya kepada Utusan Online.

Sementara itu, Sinar Online melaporkan Nik Abduh tidak terasa hati dengan kekalahan dialaminya kerana apa yang penting adalah terus kekal istiqamah dalam perjuangan parti.

“Menang gembira, kalah lebih gembira…istiqamah, bertanding biasa sahaja, itu latihan,” katanya ringkas.
Ketika ditanya sama dirinya sudah ditolak akar umbi dan ada yang memburukkannya, Nik Abduh berkata “biasa tu… 24 jam.”

Dalam pemilihan tersebut, anggota parlimen Pasir Mas itu sekadar mendapat 37 undi manakala Izani memperoleh 209 undi.

Yang Dipertua kawasan itu kekal milik Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.-Malaysiakini

One thought on “Bertanding Hanya Sekadar Suka-Suka – Nik Abduh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: