Atasi Tekanan Ringgit, Pastikan Matawang Asing Tak Terjejas – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cara menangani penyusutan nilai ringgit dalam jangka masa pendek, dimana kerajaan akan sentiasa memastikan pasaran pertukaran matawang asing tidak terjejas supaya kegiatan ekonomi berjalan dengan lancar.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan oleh YB Kepong, YB Batu Sapi, YB Jerantut, YB Taiping, YB Kluang, YB Sarikei, YB Ipoh Timur dan YB Shah Alam bertarikh 9 Mac 2017 hingga 4 April 2017, menyentuh isu yang sama iaitu mengenai ringgit.

Katanya, pada masa yang sama, kedudukan rezab Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah USD95 bilion akan terus menjadi penampan kepada turun naik yang berlebihan dalam pasaran kewangan.

“Walaupun hanya dua bulan sejak pengumuman langkah-langkah ini, terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hasil yang meggalakkan. Perkara yang paling utama ialah turun naik nilai ringgit telah menunjukkan kestabilan yang ketara sejak langkah-langkah ini mula dilaksanakan.

“BNM, dari semasa ke semasa, akan memperkenalkan langkah-langkah liberalisasi baharu yang bertujuan untuk mengembangkan pasaran pertukaran wang asing, bon, dan wang dalam negara untuk memenuhi permintaan pasaran serta membolehkan perniagaan tempatan untuk mengurus dedahan kadar pertukaran di dalam negara.

Tambahnya, bagi tempoh yang lebih panjang, nilai ringgit akan didorong terutamanya oleh kekuatan asas ekonomi negara.

“Dalam hal ini, usaha Kerajaan untuk melaksanakan program transformasi ekonomi termasuk mempelbagaikan sumber pertumbuhan, pembaharuan fiskal dan langkah untuk memastikan sistem kewangan yang kukuh dan stabil akan dapat memberi sokongan ke arah pengukuhan nilai ringgit.

“Apabila nilai ringgit menyusut, sebahagian sektor ekonomi akan menerima manfaat manakala terdapat juga sebahagian sektor ekonomi yang akan terjejas.

“Pengeksport akan menerima manfaat dari segi hasil eksport yang lebih tinggi dalam nilai ringgit atau peningkatan dalam permintaan bagi barangan buatan Malaysia.

“Secara khususnya, penyusutan nilai ringgit akan memberi manfaat kepada eksport perkilangan Malaysia yang menyumbang sebanyak dua pertiga daripada jumlah eksport kasar,”katanya.

Najib berkata, dalam menangani cabaran semasa, Kerajaan akan sentiasa memastikan pasaran pertukaran mata wang asing tidak terjejas bagi memastikan kegiatan ekonomi kekal mapan.

Terdahulu, Najib menegaskan, penyusutan nilai mata wang bukanlah unik kepada Malaysia sahaja. Keadaan ini turut dialami oleh mata wang serantau yang mencerminkan terutamanya pengukuhan dolar AS. Pada tahun 2016, nilai ringgit telah menyusut sebanyak 4.3% berbanding dolar AS. Penyusutan nilai ringgit kebanyakannya didorong oleh perubahan aliran dana yang dipengaruhi oleh faktor luaran.

“Faktor-faktor tersebut termasuklah jangkaan bahawa kadar faedah di Amerika Syarikat yang meningkat pada kadar yang lebih cepat sebagaimana yang telah dijangkakan oleh pasaran, ketidaktentuan dalam harga minyak mentah dunia, dan kebimbangan terhadap kadar pertumbuhan ekonomi dan ketidaktentuan pasaran kewangan di China.

“Ketidaktentuan politik di UK, kawasan Euro dan AS, juga menjejaskan permintaan terhadap aset dalam pasaran sedang pesat membangun. Faktor-faktor ini telah memberi kesan negatif terhadap kebanyakan matawang negara-negara sedang pesat membangun dan serantau, termasuk ringgit,”katanya.

Sumber: NR Facebook

Kedudukan rezab Bank Negara Malaysia berjumlah USD95 bilion akan terus menjadi penampan kepada turun naik yang berlebihan dalam pasaran kewangan (Link)

NR Twitter

Kedudukan rezab @BNM_official USD95b akan terus menjadi penampan kpd turun naik yg berlebihan dlm pasaran kewangan (Link)

5) NR.com

YAB Perdana Menteri menjawab pertanyaan YB Kepong, Dr Tan Seng Giaw, berkenaan tekanan ke atas mata wang Ringgit Malaysia pada pagi tadi. Berikut adalah jawapan YAB Perdana Menteri. -SuaraTV

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

One thought on “Atasi Tekanan Ringgit, Pastikan Matawang Asing Tak Terjejas – PM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: