Hina Nenek Penyapu Jalan, Pengarah Baru Terkejut Bila Tahu Siapa Nenek Itu

Jangan melihat seseorang daripada penampilan luarnya sahaja. Ini yang berlaku kepada seorang wanita yang baru dilantik sebagai pengarah sebuah syarikat. Suatu hari dia bersama anaknya sedang makan di kantin pejabat.

Si anak kemudiannya membuang plastik makanan di atas lantai. Tidak lama kemudian muncul seorang nenek sambil membawa penyapu untuk membersihkan sampah berkenaan.

Wanita itu kemudiannya berkata kepada anaknya: “Nak, belajar rajin-rajin ya. Jangan jadi seperti dia (nenek), sudah tua masih menyapu sampah,”.

Mendengar kata-kata wanita itu, si nenek terbabit bertanya kepadanya.

“Mohon maaf, boleh tanya, kamu siapa ya di syarikat ini,” soalnya.

Dengan angkuhnya wanita itu menjawab “aku pengarah baru di syarikat ini. kenapa,” soalnya kepada nenek tersebut.

Si nenek itu menganggukkan kepalanya. Tidak lama kemudian datang seorang pemuda menghampiri nenek itu.

“Ibu CEO, silalah masuk ke tempat ibu,” katanya.

Si nenek kemudiannya membuka jaket lusuhnya dan kelihatan bajunya yang kemas dan rapi, tenyata dia adalah pemilik syarikat terbabit.

“Tolong catat nama wanita ini, kita tidak perlukan orang sombong seperti ini di syarikat kita,” katanya.

Sebelum beredar, si nenek menghampiri budak itu dan berkata:

“Aku memecat ibunya dengan harapan kamu mengerti. Menjadi orang besar bukan ditentukan dengan kepintaran tetapi bagaimana kita, orang besar mampu menghargai orang-orang di bawah dan membantu mereka,” katanya.

#Cerita ini viral di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: