UMT Hasil Inovasi Ubah Asap Kenderaan Jadi Tenaga Diperbaharui

 
KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menghasilkan satu inovasi yang berupaya mengubah asap kenderaan menjadi sumber tenaga boleh diperbaharui untuk menggerakkan kenderaan.

Pensyarah kanan UMT Dr Mohd Hasmizam Razali berkata inovasi dikenali Nano-CAT itu merupakan sistem penapisan yang berasaskan prinsip tindak balas kimia antara gas karbon oksida dan wap air.

Sistem penapisan itu diletakkan pada sistem ekzos kenderaan dan akan mengubah karbon dioksida yang dikeluarkan menjadi gas metana, iaitu antara komponen dalam gas asli termampat yang digunakan oleh Kenderaan Gas Asli (NGV). – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: