2 Sukan Bakal Dipertandingkan Pada Olimpik Tokyo 2020

PYEONGCHANG – Sukan Besbol dan Sofbal akan dipertandingkan di Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Fukushima.

DPA melaporkan, perkara itu diumumkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat di bandar Pyeongchang, Korea Selatan.

IOC meluluskan penggunaan Stadium Besbol Azuma sebagai lokasi tambahan bagi kedua-dua acara sukan tersebut, selain lokasi utama kejohanan di Stadium Yokohama.

Menurut Ketua Jawatankuasa Penganjur Olimpik Tokyo 2020, Yoshiro Mori , langkah tersebut membolehkan Fukushima membuktikan kepada dunia, bahawa bandar itu ke arah pemulihan sejak dilanda gempa bumi pada 2011, tsunami dan bencana nuklear.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: