Lebih Ramai Kanak-kanak Pintar Seperti Mohd Shukri Hadafi Dapat Dibantu Permata

Ingat lagi tak mengenai seorang kanak-kanak pintar bernama Mohd Shukri Hadafi Aziz yang kebijaksanaannya telah menarik hati pakar akademik, profesor Diraja Ungku Aziz?

Pada era 70-an, Mohd Shukri, pada usia empat tahun, dikenali ramai kerana dia menunjukkan keupayaan luar biasa dan mampu membaca dengan lancar.

Disebabkan kepintarannya itu, Mohd Shukri diambil berlakon dalam filem ‘Menanti Hari Esok’ pada tahun 1977, bersama bintang filem ternama pada ketika itu, seperti Jins Shamsudin, Sarimah dan Noor Kumalasari.

Bagaimanapun ketika meningkat remaja, Mohd Shukri telah menempuh detik hitam apabila dikatakan terjerumus dalam penyalahgunaan dadah.

Dengan apa yang berlaku kepada Mohd Shukri ini, adalah menyedihkan jika kita membiarkan sahaja kanak-kanak pintar melalui kehidupan mereka tanpa bimbingan dan atas sebab itulah program pendidikan awal kanak-kanak PERMATA dibangunkan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ia yang diilhamkan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu diberi mandat untuk membangun, melaksana dan memantau pelaksanaan program yang dilancarkan pada tahun 2009.

Permata memberikan tumpuan kepada kanak-kanak pintar dari keluarga berpendapatan rendah dan kemasukannya juga perlu melalui tapisan yang ketat. Banyak kemudahan disediakan kepada pelajar Permata manakala guru-gurunya adalah yang terlatih.

Namun malangnya Permata telah dipolitikkan oleh pembangkang dengan ia sering menjadi bahan serangan mereka dan nama Rosmah turut dikaitkan. Lebih malang kini sudah tiga hari isu Permata dimainkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama Yeo Bee Yin.

Menyedihkan apabila pendidikan telah dipolitikkan oleh mereka sedangkan Yeo pernah memuji Permata. Beliau menyatakan statistik membuktikan pelaburan kerajaan dalam penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak (ECCE) memberi manfaaat kepada pembayar cukai.

Beliau juga telah melawat Permata pada tahun lepas dan diberikan penerangan mengenai perjalanan Permata. Namun malangnya ia terus dijadikan isu.

Bayangkan tanpa Permata, sudah tentu kanak-kanak pintar di negara ini terutama mereka yang berasal dari keluarga miskin tidak akan mendapat pendidikan yang sesuai untuk mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: