DAP Mulai Main Isu Agama, Dulu Pertikai Khutbah, Kini Pertikai Guru Agama

Tindakan Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching, Chong Chieng Jen yang membantah tindakan kerajaan menghantar guru pendidikan Islam dari Semenanjung ke Sarawak dengan alasan mengganggu keharmonian antara kaum di negeri itu sememang sesuatu yang biadap.

Satu rakaman video menunjukkan Chong berbahas dengan berkata:

“Amatlah tidak sesuai untuk kerajaan menghantar guru-guru pendidikan Islam dari Semenanjung ke Sarawak.

“Janganlah mencemarkan pemikiran anak muda generasi baru Sarawak, janganlah membawa falsafah dan pemikiran yang sempit atas agama ini dari Semenajung ke Sarawak. Biarlah kita mengekalkan keharmonian antara kaum di Sarawak,” katanya dalam satu rakaman video ketika beliau membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Realitinya beliau wajar disekolahkan lagi kerana mempunyai pemikiran yang sempit.

Hakikatnya para guru berkenaan dihantar ke sana adalah bagi mengisi kekurangan tenaga kerja dan apa justifikasi yang membuktikan bahawa mereka ini menganggu keharmonian antara kaum di Sarawak.

Apa yang menghairankan kenapa beliau menjadikan ia sebagai isu yang besar dan kemudiannya mengguris hati guru agama Islam. Bukan ada kena mengena dengan beliau pun.

Tidak perlulah menjadi jaguh dengan cuba merumitkan lagi keadaan. Hakikatnya beliaulah yang perjudis dan cuba mengapi-apikan.

Jika sebelum ini Penolong Setiausaha Publisiti Wanita DAP Kebangsaan, Syerleena Abdul Rashid mempertikaikan khutbah yang disampaikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kini nampaknya giliran Chong pula.

Dalam isu melibatkan khutbah tersebut, Syerleena menuduh Jakim merendahkan martabat wanita.

Disebabkan kenyataan-kenyataan berkenaan, ia mencetuskan keresahan umat Islam. Tidak perlu menggugat kepentingan umat Islam di negara ini yang telah banyak bertolak ansur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: