Video : Keluarga Harap Roh Arwah Tenang Di Syurga

SERI KEMBANGAN – Ibu arwah Noramfaizul Md Nor melahirkan rasa sebak mengulas mengenai kematian anaknya, wartawan Bernama TV (BTV) yang maut ditembak dalam Misi KP1M ke Somalia pada tahun 2011.

Naemah Abdul Majid,68, yang ditemui tengahari tadi berkata, ingatannya masih segar apabila kejadian itu berlaku.

Malah, dia turut berkongsi perasaannya yang sangat merindui arwah anaknya itu.

 

 

“Mak cik rindu arwah, selalu teringatkan dia.

“Biar arwah tenang di Syurga,” katanya di rumahnya di Taman Serdang Raya, Seri Kembangan, 2.10 petang tadi.

Mengulas mengenai kejadian itu, Naemah berkata, ia berlaku begitu pantas namun masih segar dalam ingatannya.

Beliau turut berterima kasih kepada semua yang hadir kerana masih mengingati tanda kematian anaknya selepas enam tahun insiden itu berlaku.

“Terima kasih ingat kami selepas enam tahun,”katanya.

 

 

Sementara itu, Presiden KP1M DSP Abd Azeez Abd Rahim berkata, arwah terkorban terkena peluru sesat pada misi itu dan menerima liputan luas di Somalia sejak enam tahun lalu.

Ia merupakan satu kenangan pahit kepada keluarga serta seluruh rakyat Malaysia.

Turut bersimpati atas kejadian lalu, Timbalan Perdana Menteri Somalia, Mohamed Omar Arte mahu datang sendiri melawat dan mengucapkan takziah di atas kematian Noramfaizul.

Beliau yang mewakili rakyatnya atas ucapan takziah tersebut merakamkan hasrat kepada Perdana menteri untuk bertemu keluarga mangsa. Beliau bersetuju membawa cucu dan anak beliau yang turut mewakili rakyatnya.

Mohamed berkata, beliau berbesar hati dapat bertemu dengan ibu bapa Noramfaizul yang menabur bakti di Somalia.

“Minta maaf dengan apa berlaku ia sesungguhnya ketentuan Ilahi,” katanya.

Kedatangan rombongan itu disambut oleh ayah arwah Noramfaizul, Mohd Nor Mat Yassin dan isteri.

Sementara itu, Azeez meminta orang ramai menghulurkan bantuan supaya dapat disalurkan kepad rakyatnya di sana.

Turut hadir, Duta Somalia ke Malaysia, Abukar Abdi Osman dan Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary.

Terdahulu, Noramfaizul antara 67 sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan KP1M di Somalia pada Ogos-September 2011 bagi membantu mangsa kebuluran dan perang. Noramfaizul, 40, meninggalkan isteri Norazrina Jaafar dan dua anak lelaki, Mohd Irfan dan Mohd Naufal, masing-masing kini berumur 15 dan 9 tahun.

Allahyarham yang pernah membuat liputan di Gaza (Palestin) dan Pakistan adalah wartawan Malaysia pertama meninggal dunia di zon konflik selepas terkena peluru sesat dilepaskan tentera pengaman AU ketika berada di Somalia pada 2011.-SuaraTV

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: