Video : Logo, Manifesto PH Cadangan Tun M Bincang Kemudian

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, logo, nama gabungan cadangan bagi Parti Pakatan Harapan (HARAPAN) akan di bincangkan kemudian.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, untuk menukar nama gabungan berkenaan, Salahuddin berkata perkara itu boleh dibincangkan kemudian pada peringkat Majlis Presiden HARAPAN.

“Kita mengalu-alukan Tun Dr Mahathir yang mewakili parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menyertai PH. Bermakna BERSATU adalah keluarga besar dalam PH.

“Tentang logo, manifesto kita akan bincangkan kemudian,”katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di Bukit Aman.

Semalam, BERSATU akan mengemukakan permohonan rasmi menyertai gabungan HARAPAN tetapi meminta nama dan logo itu ditukar.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: