Bomba Gemuk Sukar Naik Pangkat

 

 

KUCHING – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memandang serius masalah kira-kira 1,400 pegawai dan anggotanya di seluruh negara yang mengalami masalah obesiti kerana ia menjejaskan prestasi kerja mereka Kata Ketua Pengarah­nya, Datuk Wira Wan Mohd. Nor Ibrahim.

Beliau berkata, walaupun hanya 10 peratus daripada 14,000 pegawai dan anggotanya yang menghadapi masalah itu, namun jumlah tersebut cukup membimbangkan beliau, lapor Kosmo.

Menurutnya, jika pegawai dan anggota terlibat tidak segera menangani masalah tersebut, mereka akan berdepan de­ngan kesukaran untuk dinaikkan pangkat dan dipertimbangkan menerima sebarang anugerah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *