Oscar: Artis Mangsa Fesyen Jadi Tumpuan

Setiap kali anugerah Oscar diadakan, salah satu tumpuan adalah acara karpet merah yang merupakan acara tradisi di Hollywood. Selebriti yang hadir pada anugerah ke-89 Oscar itu masing-masing akan hadir dengan memakai gaun yang direka oleh pencipta terkenal.

 

Namun malangnya ada antara mereka yang menjadi mangsa fesyen hingga dilabelkan sebagai selebriti berpakaian paling buruk.

 

Kali ini, beberapa artis telah disenaraikan sebagai mangsa fesyen dengan senarai itu diketuai oleh aktres Leslie Mann dan Blanca Blanco serta penulis skrip Allison Schroeder.

 

Blanco telah mendedahkan alat sulitnya secara tidak sengaja manakala Mann pula dilihat seperti dibalut dengan mustard.

 

Begitu juga dengan Dakota Johnson yang memperlihatkan seolah-olah dia memakai apron berwarna metalik diletakkan di bahagian depan bajunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: