Video : Jangan Percaya Dr Mahathir, PH Tunggu Masa ‘Berbunuhan’ Sesama Sendiri Kata Jamal

SHAH ALAM – Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai.

 

Menerusi wawancara eksklusif bersama SuaraTV, Jamal berkata, biarpun sebelum ini beliau sangat menyanjungi ketokohan Dr Mahathir, namun kini beliau sudah dapat menilai wajah sebenar pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM) itu.

 

“Dr Mahathir ini ketika zaman saya kecil ketika dia menjadi perdana menteri, saya sangat sanjungi namun sekarang ini saya dapati dia adalah seorang yang tidak boleh dipercayai, kerana apa yang diperkatakan beliau dahulu dan kini adalah berbeza sama sekali.

 

“Jadi orang sebegini bagi saya walaupun beliau adalah orang tua dan saya adalah orang muda sebagai jurang umur ini saya hormat beliau, tetapi apabila di dalam politik beliau ini adalah individu yang langsung tidak boleh dipercayai sama sekali.

 

“Beliau hanya mementingkan kepentingan peribadi beliau dan keluarga beliau sahaja itu yang boleh saya perkatakan tentang Dr Mahathir ini,”ujarnya.

 

Dalam pada itu, mengulas mengenai kerjasama diantara parti di dalam Pakatan Harapan (PH) Jamal menegaskan kerjasama tersebut adalah wayang dan lakonan semata-mata.

 

“Semua ini adalah sandiwara, wayang, lakonan politik mereka.

 

“Saya amat yakin (kerjasama PH) sandiwara yang berlaku sekarang ini. Walau apa yang mereka lakukan dengan Pas, DAP dan sebagainya, sementara DAP pula sokong Dr Mahathir dan Amanah. Tetapi dalam kalangan mereka hanya tunggu untuk ‘bunuh’ siapa sekarang ini,”katanya.

 

Terdahulu, kerjasama politik antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan DAP mengundang pelbagai persepsi rakyat, sekali gus merubah lanskap politik hari ini.-SuaraTV

 

VIDEO MENYUSUL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: