Shuib Sepahtu Dimasukkan Ke ICU

KUALA LUMPUR – Pelawak terkenal, Shuib Sepahtu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital semalam akibat tekanan darah rendah.

 

Menurut isterinya Siti Sarah Raisuddin, 33, ketika ini doktor masih belum dapat memastikan punca sebenar suaminya itu hampir pengsan semalam memandangkan keputusan ujian darah masih belum keluar.

 

“Sebenarnya dia sudah tidak sihat hampir dua minggu, ketika ini juga suaranya hilang. Mungkin dia terlalu penat sehingga menyebabkan dia tidak bermaya.

 

“Buat masa sekarang doktor meminta dia berehat dahulu, bagaimanapun keadaannya stabil,” katanya.

 

Sementara itu, mengenai perancangan mereka yang bakal “bersanding” pada 26 Februari ini, Sarah berkata, semuanya terpulang pada keadaan suaminya dahulu.

 

“Saya tidak terfikir perkara itu lagi. Sebabnya memang Shuib yang mahukan persandingan kami ini berlangsung.

 

“Bagaimanapun, melihat keadaan dia sekarang saya tidak boleh kata apa. Apa-apa juga semuanya kena utamakan kesihatannya dahulu,” jelas Siti Sarah lagi. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *