PM Lahir Rasa Sedih Insiden Serangan Di Pakistan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa sedih dengan kehilangan nyawa dalam insiden pengeboman nekad di sebuah makam sufi yang penuh sesak di selatan Pakistan, semalam.

 

Perdana Menteri berkata, insiden terbabit adalah satu lagi peringatan bahawa keganasan tidak mengenal sempadan.

 

“Kita perlu berwaspada dan bersatu dalam respons kita (memerangi ekstremisme),” katanya menerusi akaun rasmi Twitter miliknya, hari ini.

 

Laporan media menyebut, sekurang-kurangnya 60 maut manakala 250 orang cedera dalam kejadian letupan ke atas makam Lal Shahbaz Qalandar di bandar Sehwan, wilayah Sindh.

 

Menurut laporan stesen televisyen CNN, Islamic State Khorasan, sebuah sekutu kumpulan militan Daesh di Afghanistan dan Pakistan mendakwa bertanggungjawab atas serangan berkenaan. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: