Muktamad, PAS Tolak Kerjasama Dengan PPBM

PAS sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika ia menjalinkan hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

 

Keputusan muktamad itu dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mahu lagi bekerjasama dengan DAP, yang pernah mengkhianatinya. Meskipun PPBM adalah rakan dalam pakatan harapan namun apa yang pasti, jika pusing kiri dan kanan, DAP jugalah yang akan mengetuai pakatan tersebut.

 

PAS sudah pasti tidak akan melupakan bagaimana DAP memperlekehkan mereka selama ni sementara PAN pula selama ini dilihat sebagai `pak turut’ kepada DAP.

 

“Keputusan itu adalah muktamad selaras dengan garis panduan yang ditetapkan PAS sebelum ini.

 

“Terpulang kepada dia (PPBM) untuk bekerjasama dengan DAP atau Amanah tetapi PAS ada garis panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut,” kata Abdul Hadi kepada pemberita hari ini.

 

Maka dengan keputusan itu maka tertutuplah peluang PPBM untuk bekerjasama dengan PAS kerana PPBM sudah pasti tidak akan meminggirkan DAP semata-mata untuk PAS.

 

Malahan sebelum ini pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara tegas menyatakan partinya tidak akan sesekali mengetepikan DAP semata-mata untuk bekerjasama dengan Pas.

 

Manakala PAS pula tidak menunggu selama sebulan untuk menyatakan keputusan muktamad berkenaan meskipun sebelum ini Mahathir memberikan keputusan untuk PAS membuat keputusan.

 

Jawatankuasa Induk Bersama PPBM dan PAS sebelum ini pernah mengadakan pertemuan untuk membentuk kerjasama, persefahaman dan muafakat politik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: