Diumpan Gula-Gula, Tiga Murid Sekolah Hampir Diculik

LABUAN ― Tiga pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan St Anne di sini nyaris dilarikan tiga lelaki dalam van bercermin gelap di depan pintu masuk sekolah mereka tengah hari kelmarin.

 

Lelaki berkenaan yang menaiki van Toyota Hiace mulanya menawarkan gula-gula kepada seorang daripada pelajar itu tetapi ditolaknya dalam insiden yang berlaku selepas aktiviti kokurikulum sekolah tersebut pada pukul 4.45 petang.

 

Ketika itu juga, pintu van tersebut dibuka seluasnya, dalam apa yang dianggap percubaan untuk menarik ketiga-tiga pelajar berkenaan ke dalam kenderaan tersebut.

 

Menceritakan kejadian itu kepada Bernama, ibu seorang pelajar berkenaan berkata ketiga-tiga lelaki tersebut kemudian melarikan diri dengan van itu apabila pengawal keselamatan sekolah menghampiri mereka.

 

Wanita itu berkata polis mengambil keterangan daripada anak perempuannya yang juga seorang daripada pelajar terbabit.

 

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin berkata pihak sekolah harus memastikan pelajar terutama mereka yang masih di sekolah rendah menunggu kenderaan atau keluarga mereka di dalam kawasan sekolah selepas waktu persekolahan. ― Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: