Kategori: Politik, Terkini

Ahli Pas Berdemo Sokong Abdul Hadi


PULAU PINANG – Lebih 30 orang ahli Pas di negeri ini berkumpul di hadapan Masjid Jamek Lebuh Acheh di sini untuk menyatakan sokongan terhadap Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak kerjasama dengan DAP dan parti-parti lain yang mempunyai kaitan.

 

Kumpulan berkenaan turut membawa pelbagai sepanduk mengecam Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng dan pemimpin-pemimpin utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

 

Wakil kumpulan itu, Jaafar Osman berkata, ahli-ahli Pas tidak akan membiarkan Abdul Hadi keseorangan dalam perjuangan memperkasakan undang-undang Islam dan perlu dihormati semua pihak.

 

Demonstrasi berkenaan berlangsung selama kira-kira 10 minit dalam keadaan terkawal di samping kehadiran lebih 10 orang anggota polis . – UTUSAN


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA

© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.