Video: ‘Saya Dapat Maklumat Penyelewengan Dari Sahabat Saya Rafizi’ – Jamal

SHAH ALAM – Pengerusi Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos mendakwa mendapat maklumat ketirisan dana Yayasan Warisan Anak Selangor daripada Sahabatnya, Rafizi Ramli.

 

Menurut beliau, maklumat tersebut mempunyai segala bukti penyelewengan yang berlaku.

 

“Orang yang berikan maklumat kepada saya adalah sahabat saya, Rafizi Ramli,”katanya dengan nada sinis ketika ditanya wartawan.

 

Namun tidak dapat dipastikan bahawa Rafizi yang dirujuk itu adalah Setiausaha Agong PKR.

 

Beliau hadir di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyerahkan dokumen yang mengandungi bukti penyelewengan yang berlaku dalam dana Yawas.

 

Justeru Jamal menggesa SPRM untuk menyiasat aliran wang dari akaun-akaun Ambank yang dibuka khas untuk menyalurkan dana Skim Mesra Usia Emas di bawah kelolaan YAWAS kepada beberapa ahli parlimen Seputeh, Teressa Kok, Ahli Parlimen Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw @ Tan Chun Tin dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong.

 

“tujuan saya memohon aliran dana awam ini disiasat adalah kerana difahamkan akaun dana Skim Mesra Warga Emas yang dipegang oleh Tan Kee Kwong kemungkinan besar disalahguna.

 

“Persoalan ini timbul berikutan surat Firma Guaman Bon Advocates yang dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bertarikh 14 Ogos 2014 yang mempertikaikan tindakan Dr Tan Kee Kwong memecat Tan Sri Khalid Iveahim sebagai ahli PKr dan sebagai ahli Mahlis pusat secara tidak sah,”ujarnya.

 

Terdahulu, jamal telah melakukan provokasi di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan membawa van Jenazah dan keranda sebagai tanda bantahan penyelewengan dalam dana YAWAS.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: