Kategori: Terkini

‘Siti Aishah’ Ditahan Kes Bunuh Jong-Nam


 

KUALA LUMPUR – Wanita yang ditahan dan dipercayai terbabit dalam kes kematian abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Nam awal pagi tadi, disahkan warga Indonesia.

 

Suspek berusia 25 tahun itu dikenali sebagai Siti Aishah berdasarkan dokumen perjalanannya, petik BH.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang mengesahkan perkara itu berkata, penahanan wanita berkenaan kira-kira jam 2 pagi tadi dibuat hasil pengecaman rakaman litar tertutup (CCTV) di klia2.

 

“Ketika ditahan, suspek berseorangan. Siasatan masih berjalan dan tindakan diambil mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut lokasi suspek ditahan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA

© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.