Sam, Syatilla Bakal Saman Elle Zada

KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti, Shaheizy Sam, 35 dan isterinya, Syatilla Melvin, 26, dijangka bakal memfailkan saman terhadap label pakaian tempatan, Elle Zada.

 

Menurut Syatilla, sehingga ke hari ini pemilik label pakaian tersebut masih tidak membayar sesen pun jumlah bayaran yang sepatutnya mereka terima, petik Utusan.

 

“Ketika kami berkolaborasi dengan label tersebut pada musim perayaan Aidilfitri tahun lalu, ada perjanjian yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.

 

“Namun entah bagaimana, pihak Elle Zada berhadapan masalah untuk menyiapkan baju yang ditempah pelanggan mereka, sekali gus membuatkan nama baik kami berdua terjejas,” katanya.

 

Tambahnya, dia dan suami sedang berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik syarikat pakaian berkenaan.

 

Dia turut meluahkan rasa simpati kepada para stokis serta ejen yang turut menjadi mangsa keadaan.

 

“Bagaimanapun, saya bersyukur, selepas insiden ini berlaku, ia memberi inspirasi dan dorongan kepada kami untuk membuka sendiri butik SamSyatilla yang baru beberapa bulan beroperasi.

 

“Ejen dan stokis Elle Zada kami ambil dan serapkan di bawah butik SamSyatilla supaya mereka tidak rasa begitu terkesan atas situasi yang terjadi,” jelasnya.

 

Butik milik pasangan itu terletak di Sering Ukay, Ulu Klang, di sini dan menjual aneka jenis pakaian lelaki serta perempuan dengan harga berpatutan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *