Jangan Bandingkan Saya Dengan Pondan Lain – Safiey Ilyas

Nama Safiey Ilyas sudah tidak asing lagi di Malaysia apabila beliau pernah mncipta kontroversi apabila beliau telah berubah kembali menjadi Mak Nyah setelah beliau berubah menjadi seorang lelaki.

 

Terbaru, dalam satu muat naik status di laman Instagram miliknya, beliau memberi menggesa agar masyarakat tidak menyamakan dirinya dengan pondan-pondan yang lain kerana wajahnya ketika ini.

 

Menurut beliau, wajahnya kelihatan seperti wanita kerana telah menjalankan pembedahan dan sudah kekal.

 

“Awak, jangan samakan muka saya dengan muka-muka pondan-pondan lain yang berhijrah. Saya ni dah hampir fully reno muka dan badan saya. Dan dah bedah buang jugak beberapa part yang boleh dibuang, tapi tetap akan ada bentuk yang lama sebab kalau buang silikon-silikon di wajah ni 30% je mampu buang.

 

“Kalau suruh beberapa maknyah lain yg dh reno tu botak pun, muka tetap nampak perempuan. Sebab memang dh direno. Tapi yg dah reno, reno lah . Allah dh bagi rasa nikmat reno muka tu dulu. Tapi Allah lagi sayang dia bagi pula hidayah.” katanya dalam satu status di laman Istagram miliknya.

 

Beliau turut memberi amaran supaya tidak membandingkan wajahnya dengan pondan-pondan lain yang tidak melakukan sebarang pembedahan.

 

“Jangan samakan sesekali muka saya dengan muka hakak-hakak tak reno. Yang tu memang dah muka lelaki cuma rambut je panjang . Kalau botak, keluar la muka mat rempit,”ujarnya.

 

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan kesukarannya mempunyai wajah sedemikian yang dilihat amat sukar untuk diterima masyarakat.

 

“Dugaan saya terpaksa bawak muka yang dah perempuan ni memegang watak sebagai lelaki. Aku ni kadang masuk tandas OKU tau sebab takut abang-abang lari lintang pukang tengok perempuan masuk tandas lelaki. Nak masuk tandas perempuan pulak, perempuan kenal aku. Nanti cakap aku ni berubah ke belum ! Jadi masuk je tandas OKU. Kadang sanggup tahan kencing balik rumah sebab nak kencing.

 

“Bagi saya, berubah tu pada hati, pada ibadah. Kalau kita nak kata yg benar2 maknyah hijrah bermuka lelaki sahaja adalah hijrah yg sebenar, kita salah sgt2. Setiap org tak sama ujian. Lagi2 kita yg tak berada di tempat mereka,”katanya.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: