Bekas Calon Pilihan Raya Presiden Singapura Puji Malaysia

 

Tatkala ada antara rakyat Malaysia yang memburukkan negara sendiri, ada orang luar yang tahu menghargai negara ini dan memujinya. Salah seorang adalah bekas calon pilihan raya Presiden Singapura 2011, Tan Kin Lian.

 

Beliau melahirkan rasa sedih kerana Singapura tidak tersenarai dalam empat negara yang terbaik di dunia dalam bidang penjagaan kesihatan dengan Malaysia berada di dalam senarai paling atas.

 

“Malaysia tersenarai antara empat negara. Singapura tidak disebut. Sedih,” demikian tulis Tan dalam Facebooknya.

 

Laman web International Living telah menyenaraikan Malaysia, Costa Rica, Colombia dan Mexico sebagai Empat Negara Terbaik Di Dunia Dalam Penjagaan Kesihatan 2017.

 

Pemilihan itu dibuat berdasarkan kepada perkhidmatan doktor-doktor yang terlatih, hospital yang cemerlang, bersih serta kos perubatan yang berpatutan di negara ini.

 

Selain itu, Malaysia juga mempunyai doktor terlatih yang terbaik di Asia dengan majoriti daripada mereka dilatih di Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom.

 

Semua doktor boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, menjadikan lebih mudah terutama kepada pesakit dari negara luar.

 

Di samping itu, akreditasi dari barat juga merupakan komponen penting yang menambahkan keyakinan kepada pesakit asing yang mahu menjalani rawatan. Malah beberapa hospital di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur juga telah memperoleh akreditasi Antarabangsa Suruhanjaya Bersama (JCI), sistem kualiti yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

 

Setakat ini lapan hospital telah memperoleh pengiktirafan JCI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: