Kategori: Hiburan, Terkini

Netizen Kecam Shah Tapaw, Beri Anak Nama Putra Naruto


Pelawak Shah Tapaw atau nama sebenarnya, Mohd Shah Rizal Sulaiman dikritik netizen selepas berkongsi nama anaknya di laman Instagram.

 

Menerusi sebuah entri berkenaan, gambar bayinya dikongsi dan diletakkan bersama sijil kelahiran yang tertera nama ‘Muhammad Putra Naruto bin Mohd Shah Rizal’.

 

Setakat ini, entri tersebut mendapat hampir 5,000 likes bersama lebih 500 komen. Rata-rata peminat yang meninggalkan komen mengkritik tindakan Shah yang menamakan anaknya Naruto.

 

Berikut merupakan antara komen yang diterima oleh Shah:

 

“Nanti mesti anak ni kena ejek je bila dah besar, fikir panjang sblum letak, minat minat jugak, kesan akan datang tu kena fikir.”kata amirul_ammar99.

 

farahnajihah berkata, “Tak kesian kan anak ke? Tak fikir masa depan anak ke? Jangan wujudkan budaya pelik, now dah 2017.”tulisnya.

 

 

Bagaimanapun, Shah memberikan penjelasannya di Portal Media Hiburan bahawa apa yang dikongsinya adalah sijil kelahiran yang telah disunting.
“Sebenarnya, perkara yang dikongsi oleh saya itu tidak betul. Gambar tersebut telah pun disunting dan hanyalah gurauan semata-mata dikalangan adik-beradik saya. Nama sebenar anak kedua saya ialah Muhammad Putra Iyyad.

 

“Pada awalnya, saya memang terfikir untuk meletakkan nama anak saya Naruto, namun saya mendapat bantahan kerana tidak membawa maksud yang baik. Jadi saya nak juga muatnaik ke laman Instagram,” katanya.-SuaraTV


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA

© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.