Kategori: Sukan, Terkini

Bolt Tak Kesal Bersara


MONACO: Bintang pecut Jamaica, Usain Bolt menyifatkan dia tidak menyesal dengan keputusannya bersara daripada dunia olahraga pada tahun ini kerana dia sudah mencapai semua yang diimpikannya dalam sukan itu.

 

Bolt akan bersara selepas kejuaraan dunia di London pada Ogos depan sekali gus menamatkan karier gemilang yang menyaksikannya merangkul lapan pingat emas Olimpik.

 

“Saya sudah melakukan apa yang saya mahukan dalam sukan ini,” kata Bolt kepada Reuters ketika Anugerah Sukan Dunia Laureus di Monaco.

 

“Saya bertanya kepada (bekas jaguh pecut Amerika Syarikat) Michael Johnson soalan yang sama, ‘kenapa anda bersara ketika berada di kemuncak?’.

 

“Dia berkata perkara yang sama – dia sudah melakukan apa yang dia mahukan dalam olahraga jadi tidak ada sebab untuk terus kekal dalam sukan itu. Sekarang saya faham apa yang dia maksudkan.” B

 

olt melengkapkan ‘treble – treble’ gelaran Olimpik dalam acara 100m, 200m dan 4x100m di Rio 2016, tetapi dia terpaksa mengembalikan emas acara berpasukan Olimpik 2008 bulan lalu selepas rakan sepasukannya Nesta Carter didapati positif bahan terlarang.

 

Menurut Carter dia akan merayu kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Minggu lalu Bolt membantu pasukan gabungan antarabangsa All Stars memenangi kejuaraan sulung Siri Olahraga Nitro di Melbourne, Australia.

 

Bolt dicalonkan untuk Atlet Tahunan Terbaik Dunia Laureus bersama-sama pemenang pingat emas Olimpik bagi acara 5,000m dan 10,000m, Mo Farah, serta juara tenis Olimpik Andy Murray.

 

Penyerang Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo, serta jaguh bola keranjang Stephen Curry dan Le Bron James turut dicalonkan. – Reuters


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA

© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.