Lelaki Tertidur, Maut Tertimbus Tanah

CAMERON HIGHLANDS – Seorang lelaki warga Bangladesh maut dalam kejadian tanah runtuh di Batu 49, Kuala Terla pada jam 3 pagi di sini hari ini

 

Mangsa, Md Belel Miidha, 28, sedang tidur dalam pondok yang dibina di lereng bukit dikawasan kebun bunga tersebut didakwa tidak sempat melarikan diri sehingga menyebabkannya maut tertimbus tanah runtuh tersebut, petik Utusan.

 

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Hasadid A Hamid berkata, mangsa bukan pekerja di kebun berkenaan tetapi datang melawat saudaranya yang merupakan pekerja di situ.

 

Katanya, runtuhan tanah berlaku disebabkan hujan berterusan sejak awal pagi semalam.

 

“Semasa kejadian, saudara mangsa sempat menyelamatkan diri dan kemudiannya meminta pertolongan daripada rakannya yang untuk menyelamatkan mangsa yang tertimbus.
“Mangsa yang tidak sempat melarikan diri maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di sini untuk bedah siasat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *