Karaoke Di Banglo Berhantu

 

KOTA BHARU – Seorang tauke karaoke memilih rumah banglo yang didakwa berhantu di Kampung Pauh di sini sebagai pusat karaoke haram.

 

Siasatan mendapati rumah banglo setingkat itu disewa seorang tauke dengan dijadikan pusat karaoke kerana kediaman itu disifatkan sebagai ‘bermasalah’ selepas beberapa penghuni mendakwa kerap diganggu kelibat lembaga misteri, petik Kosmo.

 

Bagaimanapun, selepas sebulan beroperasi, rahsia pusat hiburan itu terbongkar kerana aduan jiran-jiran yang tidak tahan dengan bunyi bising dari rumah tersebut.

 

Seorang penduduk ber­usia 47 tahun dan enggan dikenali berkata, menjelang malam, ba­nyak kereta pengunjung akan keluar masuk.

 

“Sebelum ini, rumah banglo tiga bilik itu terbiar kerana beberapa penghuni mendakwa tidak berani tinggal di situ kerana kerap diganggu dengan kelibat lembaga misteri.

 

“Disebabkan kejadian mistik yang berlaku berulang kali, penyewa enggan tinggal di rumah itu. Saya tidak sangka penyewa baru mendapat idea menjadikan kediaman itu sebagai pusat karaoke,” katanya.

 

Terdahulu, rahsia rumah karaoke haram itu terbongkar selepas diserbu pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) pada Jumaat lalu.

 

Dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 malam itu, seramai tujuh pe­ngunjung termasuk dua wanita berusia 20-an leka menyanyi ditahan penguatkuasa tersebut.

 

Operasi dibantu pasukan polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

 

Ketujuh-tujuh pengunjung yang berada di karaoke itu kesemuanya Melayu.

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: