CCTV Rakam Kepala Anak Patung Bergerak Sendiri, Meja Bergegar


Sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan kehadiran mahkluk halus menganggu seorang kanak-kanak perempuan.

 

Portal The Sun.co.uk melaporkan, rakaman itu didakwa dirakam bapa kanak-kanak tersebut selepas anaknya mengadu diganggu.

 

Bagaimanapun, portal berkenaan melaporkan, lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.

 

Menerusi rakaman itu, kepala anak patung itu kelihatan bergerak sendiri, selain objek di atas meja di ruang tamu jatuh ke lantai sebelum meja di dalam bilik tersebut bergerak dengan kuat.

 

Rakaman awal, memperlihatkan kanak-kanak terbabit sedang bermain dengan anak patung, manakala satu lagi anak patung berada di sebelah kiri berhampirannya mula menggerakkan kepalanya sendiri.

 

Namun kanak-kanak perempuan itu yang masih leka bermain dengan anak patung lain tidak menyedari pergerakan tersebut.

 

Kemudian, insiden lebih menyeramkan apabila kanak-kanak itu sedang melukis di ruang tamu diganggu oleh sesuatu.

 

‘Mahkluk’ itu dilihat mengerakkan kertas-kertas yang berada di atas meja, mengakibatkan kanak-kanak itu lari ketakutan.

 

Beberapa saat kemudian, kanak-kanak itu datang semula ke meja itu, dan kertas-kertas dan alat tulisnya sekali lagi tercampak, sebelum meja bergegar dan bergerak dengan sendiri.

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA

© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.