Video : Selangor Mampu Lahirkan 10 Lagi Faiz Subri Kata Jamal

KELANA JAYA – Selangor mampu lahirkan sepuluh lagi pemain bola seperti pemenang Anugerah Puskas 2016, Mohd Faiz Subri kata Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos, di sini, semalam.

 

Beliau berkata, sekiranya beliau diberi jawatan presiden kelab Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), beliau akan berjuang untuk merealisasikan kewujudan pemain terbaik Malaysia di peringkat dunia di masa depan.

 

“Kami akan mencari pelapis yang baharu dalam kalangan belia di negeri Selangor. Kita akan membangunkan pelapis ini dan akan mewujudkan 10 lagi seperti Faiz Subri.

 

“Kejayaan beliau (Faiz) amat membanggakan dan saya yakin selepas ini ramai lagi dalam kalangan belia akan mengikuti jejak beliau, sehingga mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

 

 

Terdahulu, Jamal berkata, sekiranya terpilih mengetuai FAS, beliau akan memastikan semua tunggakan gaji pemain dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu, sebagai langkah pertamanya selepas memegang jawatan.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: