Video : Bekas Ahli DAP Ditipu, Desak Pecat Kit Siang

CHERAS – Bekas ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) menggesa ibu pejabat parti itu memecat Lim Kit Siang daripada memegang jawatan sebagai penasihat parti itu.

 

Seorang dari bekas ahli partinya, Datuk Seri Ramesh Rao berkata, pihaknya tertipu dengan fitnah yang dilakukan oleh Kit Siang yang secara terang-terangan sebelum ini mengatakan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang diperintah Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun telah mengamalkan rasuah, namun kini telah duduk semeja bersama penasihat Parti Pribumi Bersatu (PPBM) itu.

 

“Kami menggesa supaya parti memecat Lim Kit Siang dengan segera. Kami minta beliau tampil menjelaskan bahawa semua tuduhan yang didakwa beliau sebelum ini (dari tahun 1999) adalah fitnah semata-mata.

“Kerana kini dia boleh duduk semeja dengan Tun Mahathir yang dikatakan seorang perasuah. Kami mahu dia mengakui bahawa perkara itu adalah fitnah dan kami boleh terima,”katanya di ibu pejabat DAP di sini, pagi tadi.

 

Tambahnya, jika tiada sebarang maklum balas daripada ibu pejabat parti dan Kit Siang sendiri, mereka akan turun mendesak ahli parlimen Gelang Patah itu di pejabatnya, sebagai tanda protes.

 

Sebelum itu, Ramesh turut menyifatkan Kit Siang sebagai seorang penipu dan tidak layak untuk memimpin parti itu kerana akan lebih membawa kemudaratan kepada parti.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *