Tawaran Imam Bangi Golf Tutup, Jawatankuasa Surau Terima 300 Panggilan

KUALA LUMPUR – Seorang jawatankuasa surau Bangi Golf mengakui menerima 300 panggilan dalam satu masa daripada hebahan jawatan imam yang viral di aplikasi Whatsapp sejak minggu lalu.

 

Menerusi hebahan terbaharu yang dikongsikan Jumaat lalu, beliau meminta semua pengguna aplikasi itu membuat hebahan tawaran jawatan itu sudah ditutup sejak minggu lalu.

 

“Sudah lebih 300 orang hubungi saya. Ia sudah PENUH dan di TUTUP. Harap Maklum. Saya mohon viralkan, tawaran imam tutup untuk Imam Surau kat Bangi Golf,”tulisnya dalam hebahan menerusi aplikasi tersebut.

 

Bagaimanapun, Jawatankuasa yang hanya dikenali sebagai Ustaz Nazri itu turut kesal apabila gaji yang diviralkan RM5,000 itu didakwa adalah fitnah semata-mata.

 

“Pasal 5000 gaji itu adalah FITNAH dan sebetulnya adalah RM 1000 sahaja. HARAP MAKLUM. Dan semua daripada KAMU bertanggungjawab dan wajib VIRALKAN yang sebetulnya,”tulisnya memberi peringatan kepada pengguna aplikasi tersebut.

 

Terdahulu tinjauan SuaraTV mendapati, jawatan imam di Bangi Golf dengan tawaran gaji lumayan RM5000 itu mendapat respon yang amat menggalakkan daripada pengguna aplikasi WhatsApp sejak minggu lalu.

 

Rata-rata daripadanya sanggup menerima jawatan menjadi imam untuk solat subuh, maghrib dan isyak setiap itu selain berpuas hati apabila pihak jawatankuasa didakwa turut menyediakan tempat tinggal.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: