Tandas Hanya Untuk Orang Islam Di LPT2


KUALA LUMPUR – Sebuah tandas awam yang dikhaskan sebagai “Tandas Muslimin” mencetuskan pelbagai reaksi baru-baru ini, dan hari ini pengendali Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di mana tandas itu terletak memohon maaf atas “kekeliruan yang timbul”.

 

LPT2 Sdn Bhd turut mengesahkan gambar papan tanda “Tandas Muslimin” yang viral menerusi di media sosial, terletak di R&R Bukit Besi (Arah Selatan) bagi menggantikan papan tanda rosak.

 

Dalam kenyataan kepada sebuah portal, syarikat itu berkata kontraktor yang dilantik menggantikan papan tanda itu tidak merujuk kepada pihaknya terlebih dahulu.

 

“LPT2 memohon maaf atas kekeliruan yang timbul ekoran pemasangan papan tanda gantian tersebut dan akan terus mengadakan pemantauan agar perkara sedemikian tidak berulang lagi pada masa yang akan datang.”

 

Gambar papan tanda itu yang viral ini di media sosial mendapat kecaman daripada netizen yang menyifatkannya sebagai perkauman.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA

© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.