Selepas ‘Bala’ Foto Lucah, Atikah Tampil Langsing, Rambut Pendek

KUALA LUMPUR – Mendapat sorotan luar biasa susulan isu foto lucah bersama lelaki tahun lalu, Atikah Suhaime kini mahu melupakannya dan memulakan hidup baru.

 

Tampil dengan imej baru, pelakon kelahiran Singapura itu sekarang berambut pendek paras bahu dengan bentuk badan lebih langsing.

 

“Saya bukan hendak buang bala, jika [saya] berkata demikian orang akan kecam pula,” katanya kepada Kosmo! apabila dikaitkan penampilan baru itu dengan kontroversi tersebut.

 

“Namun, ini cara terbaik untuk saya melupakan segala yang berlaku pada tahun lalu, sekali gus memulakan kehidupan 2017 sebagai Atikah Suhaime yang baharu.

 

“Sebagai manusia, saya hanya ingin menikmati kehidupan dan mengecapi kegembiraan dengan penampilan terbaharu.”

 

Nama pelakon “Volkswagen Kuning” itu melonjak dalam carian Google sepanjang 2016 apabila dikaitkan dengan foto berunsur seks pada September lalu.

 

Atikah, 26, yang berada di tangga kedua selepas Donald Trump sebagai individu paling dicari di Malaysia bagaimanapun enggan menjawab mengenai kontroversi berkenaan.

 

“Pada tahun ini, saya hanya ingin fokus dalam kerjaya dan enggan terlalu fikir apa yang diperkatakan orang,” kata pelakon drama “Biar Hati Berbicara” lagi.

 

“Apa yang lepas, biarlah ia berlalu dan saya hanya ingin memandang ke hadapan. Jika boleh, saya akan mengelak untuk menjawab soalan berbaur kontroversi, cara itu lebih baik.”

 

Atikah juga mendedahkan beliau beralih gaya pemakanan kepada sayur-sayuran sejak empat bulan lalu, menyebabkan berat badan turun 8kg kepada 48kg.

 

“Saya sayangkan haiwan dan berasakan semua haiwan seperti ayam dan kambing itu terlalu comel untuk dimakan.

 

“Memang kedengaran agak pelik tetapi itulah antara sebab utama saya beralih ke diet sayuran sahaja,” kata, yang sedang menjalani penggambaran drama “Seharum Mawar”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: