PM Lepaskan Food Flotila Bantu Etnik Rohingya 3 Februari Ini

KLANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melepaskan misi pelayaran Food Flotilla for Myanmar di Pelabuhan Klang pada 3 Februari ini.

 

Misi tersebut membabitkan kapal Nautical Aliya dengan 200 aktivis dari lapan negara yang akan membawa 1,500 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan ke wilayah Rakhine.

 

Ketua misi yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, buat masa ini, pihaknya masih menunggu kebenaran daripada kerajaan Myanmar.

 

“Misi flotila juga akan menghantar dua pasukan perintis ke Myanmar dan Bangladesh dalam masa terdekat untuk menguruskan urusan logistik dan persediaan awal.

 

“Kita masih menunggu kelulusan Myanmar tapi kami akan belayar pada 3 Februari ini,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pusat pengumpulan barangan misi flotila di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek Baru di sini, pagi tadi.

 

Yang turut hadir ialah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid dan wakil dari Turkiye Diyanet Vakfi (TDV), Taskin Bumin Ayranci. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: