Kategori: Terkini, Utama

Pengecualian Visa Tingkatkan Kedatangan Pelancong China Ke Malaysia


BEIJING – Jumlah permohonan kemasukan pelancong China ke Malaysia meningkat sebanyak 74 peratus ekoran pelaksanaan Program Pengecualian Visa bermula Mac tahun lalu.

 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peningkatan besar tersebut hasil daripada lawatan pertama beliau ke China pada 1 hingga 4 Februari tahun lalu, hanya beberapa hari sebelum Tahun Baharu Cina.

 

“Pada 2015, seramai 1.2 juta rakyat China memohon mendapatkan visa untuk melawat Malaysia. Pada 2016, kita menerima kira-kira 2.2 juta permohonan. 
“Ekoran pelaksanaan keputusan memberi visa percuma melalui e-visa dan Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (Entri) berkuat kuasa Mac lalu, kita dapati jumlah permohonan bertambah,” jelas beliau yang juga Menteri Dalam Negeri.

 

Sehubungan itu, beliau yakin jumlah ketibaan pelancong China ke Malaysia akan meningkat kepada lebih dua juta orang berbanding hanya 1.7 juta pada 2015


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA

© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.