Gadis Bangga Kongsi Gambar Gugurkan Kandungan

KUALA LUMPUR – Ketika ini di media sosial sedang heboh memperkatakan mengenai penjualan pil mengugurkan janin yang berleluasa menggunakan aplikasi media sosial Wechat dan Whatsapp yang boleh dibeli dengan mudah.

 

Pengguna Facebook yang menggunakan nama panggilan Jat Jaa memuat naik status dengan lima gambar yang menunjukkan perbualan disyaki antara beberapa pembeli dengan seorang penjual.

 

Malah, ada dikalangan pembelinya turut berkongsi gambar-gambar ‘janin’ yang disyaki telah digugurkan selepas menggunakan pil-pil berkenaan tanpa ada sesalan di pihak pembeli.

 

Paling menyedihkan, ada dikalangan pembeli pil tersebut memaklumkan ada janin yang masih bernyawa sebelum ia ditanam hidup-hidup.

 

Jat Jaa mempertikaikan kenapa isu tidak bermoral ini tidak dipandang serius oleh pihak berkuasa dan diambil tindakan segera bagi membendung penularan penjualan pil penguguran janin berkenaan daripada mereka yang boleh menyebabkan kerosakan akhlak anak-anak muda zaman sekarang.

 

Sementara itu semua komen pada status berkenaan mengecam tindakan tersebut dan mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan segera dalam membendung kejadian lebih banyak mereka yang tidak bertanggung jawab menggugurkan bayi secara terpaksa.

 

“Ya Allah kesiannya tu jahat pulak mama snggu bunuh anak nya sendiri..al-fatihah”, tulis Nanie Anie Ben.

 

“Bodoh punya manusia dah tau taknak anak, takyah la main bangang”, Irwan Wahyudi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *