Netizen Kecam Faiz Subri Pakai Lambang Salib


KUALA LUMPUR – Segelintir pengguna media sosial (netizen) hari ini mengecam dan menyelar pemenang Anugerah Puskas 2016, Mohd Faiz Subri yang didakwa memakai lambang salib di dadanya.

 

Salinan tangkapan skrin status kecaman yang dimaksudkan itu kini viral di media sosial terutamanya menerusi aplikasi Whatsapp.

 

“Anda tidak menyedari ia mengenakan pakaian berlambang salib. Jangan bangga untuk melihat terlebih dahulu,” ulas seorang netizen yang menggunakan identiti Hidayah Muslimah.

 

Turut menjadi viral satu lagi salinan tangkapan skrin dari status Facebook Tuan Anuwa yang mempertikai beberapa tindakan Faiz Subri ketika berucap di majlis anugerah tersebut.

 

“Ambo yang daif ini rasa sedikit terkilan apabila beliau guna lafaz Assalamualaikum bukan pada tempatnya.

 

“Memakai pakaian yang tidak menampakkan imej Melayu dan Islam, bahkan terlihat salib yang jelas,” itu antara yang tertera pada status tersebut.

 

Tinjauan SuaraTV di pelbagai laman Facebook, menunjukkan kebanyakan netizen lain tidak bersetuju dengan kedua-dua kecaman berkenaan.

 

Rata-rata netizen menjelaskan penampakkan lambang salib yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah mikrofon.

 

Semakan video majlis anugerah berkenaan di laman Youtube juga mengesahkan Faiz Subri tidak memakai sebarang lambang salib. – SuaraTV

 

Berita Berkaitan;-

JDT Patut Jadi Contoh, Bukan Jadikan Satu Gol Faiz Subri Sebagai Tanda Aras, Kata TMJ

Faiz Subri Jawab Persoalan Kenapa Tidak Bercakap Bahasa Melayu


21 thoughts on “Netizen Kecam Faiz Subri Pakai Lambang Salib

  1. Apa kate tgk dr awal vedio,jgn tgk gambr..nnt dapat lah jawapan sama ada faiz pakai lambg salib ke tidak…jgn nak main hentam je.

  2. kunooo terlaluu gilakk kann korangg!! see lahh pic tuu betol betoll!! mata letak kat mana?? kepala butohh! tu mic! i ulangg micc okayy!! nak kutukk tuu adohhh..tengokk betol betoll gambar tuu..hal kecil punn nak besar besarr!! ko dengki lahh ko kutuk tak tentuu pasall tuu!! sudahh sudahh lah tuuu nakk mengutuk kelemahan orggg!! kalauu diri tuu perfectt mcm tuhann boleh lah kau kutuk orgg! aku yg ingga!!

  3. Korang semua yg bangang bodoh nak mampus. Tu mic lah bodoh. Jadi orang tu biar guna otak sikit. Sikit-sikit nak kecam mcm lu orang tu bagus sangat ke!!!

  4. Melayu bodoh,yg tau kutuk bangsa melayu sendiri
    Hidayah muslimah dan tuan anuwa
    Matanye rabun sebelum buta,huuufff
    Bile nak maju bangsa melayu,klo org melayu kutuk bangsa sendiri
    Dengki la tu,kluarga diorg tak dapat award hihihi kesian 😂😂😂😂

  5. Aq tgk profile fb org yg komen 2 seorg ustaz (tuan anuwa) Dri uum.. xguna jd ustaz. Kalo menfitnah tanpa usul periksa. Otak kat lutut agaknye. Baik xpyah jd ustaz la. Memalukan bangsa je… ada je bnda nak d jadikan isu.. bodoh btul la ko tuan anuwa

  6. yang tengok rancangan anugerah ni bukan orng bukan islam je , orng islam pun ada . so , pahala lah bagi yang bagi salam dan jawab salam . lagi satu , dia ada ucap syukur kepada Allah , ini menunjukkan beliau utamakan Allah . jangan pandang pakaian , pakaian tak menunjukkan diri kita . diri kita menunjukkan pakaian kita .

  7. gunaknlah nikmat yg ALLAH S.W.T beri tu dgn btul.jga la mata gn pertuturan jgn smpai mnimbulkn fitnah.astaghfirullah alazim..smga yg mngecam sedar akn pbuatannya..amin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA

© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.