Kategori: Luar Negara, Terkini

MP Mahu Kerajaan Bagi Duit Untuk OKU Dapatkan Khidmat Seks


LONDON – Golongan kurang upaya dan pesakit serius di Jerman wajar dibenarkan menuntut dana kerajaan jika mereka melanggan khidmat seks, cadang wakil Parti Hijau.

 

Golongan terbabit perlu mengemukakan dokumen perubatan dan membuktikan mereka tidak mampu membayar pekerja seks, lapor BBC kelmarin.

 

Ahli parlimen Elisabeth Scharfenberg memberitahu akhbar Welt am Sonntag beliau “dapat membayangkan” pihak berkuasa tempatan membiayai “bantuan seks.”

 

Akhbar Jerman itu melaporkan makin ramai pekerja seks, dibenarkan di sisi undang-undang sejak 2002, menawarkan khidmat di rumah jagaan.

 

Penasihat seks di pusat-pusat jagaan tersebut berkata pelacuran bagaikan “rahmat” bagi sebilangan pesakit.

 

Di Belanda, seseorang dibenarkan mendapat semula bayaran khidmat seks sebagai sejenis perbelanjaan perubatan.

 

Parti Hijau semakin mendapat sokongan di Jerman berbanding negara-negara lain di Eropah dan menyertai kerajaan campuran buat pertama kali di Baden-Wuerttemberg pada 2011.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA

© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.