Video : Budak 12 Tahun Gantung Diri Jadi Tular Di Livestream FB

KUALA LUMPUR – Cubaan gantung diri budak berusia 12 tahun dari luar negara jadi tular di ‘Livestream’ Facebook.

 

Menerusi Livestream atau siaran FB Live berdurasi 0:1: 39 saat yang menjadi tular sejak 6 haribulan lalu itu, memperlihatkan Katelyn Nichole Davis menggantung dirinya di pokok selepas membuat ucapan maaf.

 

Biarpun ia merupakan insiden yang menghayat hati, bagaimanapun ramai netizen memberikan pandangan mereka mengenai perkongsian facebook livestream itu.

 

Rata-rata beranggapan insiden itu merupakan pengajaran yang mampu memberikan kesedaran kepada sebilangan individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak bertimbang rasa.

 

Ada juga yang berpandangan perkongsian itu akan memberikan kesedaran kepada sebilangan ibu-bapa yang tidak memberikan perhatian khusus dan mengabaikan anak mereka akan menyebabkan kejadian insiden seperti itu berulang.

 

 

 

 

 

 

Terdahulu, Katelyn yang berasal dari Polk County, Georgia itu mempunyai diari dalam talian dan telah didakwa menulis diari itu selang beberapa minggu sebelum menggantung dirinya.

 

Diari itu menyebutkan tentang dirinya yang mengalami kemurungan dimana telah menjadi mangsa penderaan bapa tirinya.-SuaraTV

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: