Kategori: Luar Negara, Terkini

Singapura Kenakan Caj Jalan Raya Kepada Kenderaan Malaysia


SINGAPURA – Singapura akan mengenakan caj jalan raya sepadan dengan kadar Malaysia pada RM20 bersamaan S$6.50 yang dilaksana sejak 1 Nov lepas, lapor Channel NewsAsia hari ini.

 

Laporan itu memetik Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan sebagai berkata Malaysia mengutip sekitar RM13.9 juta daripada kenderaan Singapura antara 1 Nov dan 20 Dis tahun lepas.

 

“Dasar kami sejak sekian lama ialah mengenakan kadar sepadan bagi levi, tol atau fi yang dikenakan Malaysia untuk menggunakan jalan raya yang menghubungkan Singapura dan Malaysia.

 

“Ini bagi memastikan Malaysia mengambil kira respons kita setiap kali mereka menaikkan kadar tol atau memperkenalkan levi baharu,” Khaw dipetik berkata di Parlimen.

 

Katanya perincian mengenai caj sepadan itu akan diumum dalam masa terdekat.

 

Bermula 1 Nov, 2016, caj jalan raya dikenakan setiap kali kenderaan dari republik itu memasuki Malaysia menggunakan kad Touch n’ Go.

 

Peringkat awal kutipan ini hanya melibatkan kenderaan bernombor pendaftaran asing tidak termasuk motosikal.

 

Sistem caj jalan raya itu dilaksana di 2 pintu masuk darat di Johor iaitu Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA

© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.