Netizen Kecam Busana Faiz Subri Untuk Anugerah Puskas FIFA 2016

KUALA LUMPUR – Segelintir netizen mengecam persalinan lengkap busana tradisional Melayu yang diterima oleh pemain tengah Pulau Pinang Mohd Faiz Subri yang berjaya menempatkan diri dalam tiga calon akhir Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 yang dijangka diumum awal pagi Selasa (waktu tempatan).

 

Mohd Faiz sebelum ini melahirkan hasrat untuk memakai baju Melayu dalam Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich dan ia menjadi realiti apabila FIFA memberi kebenaran kepada beliau untuk menggayakan set persalinan lengkap baju Melayu pada anugerah itu dan bukannya sut seperti kebiasaannya pada majlis berprestij berkenaan.

 

Bagaimanapun, ketika Faiz yang bakal berkongsi pentas dengan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, segelintir dalam kalangan rakyat negara ini mengecam busana yang diterima pemain itu dan mendesak supaya tidak memakainya.

 

“Aku tak kisah sangat Faiz naik pakai busana tu tapi simple-simple dahla,”kata seorang netizen.

 

Seorang lagi netizen memberi komen, “Baju Melayu Faiz Subri macam naik naik pelamin.”tulisnya.

 

Terdahulu, sepersalinan lengkap busana tradisional Melayu serta tanjak Mahkota Alam yang diberikan oleh Armada Malaiu Malaysia (AMM) pada Sabtu lalu kepada Mohd Faiz.

 

Busana yang diberikan oleh AMM dan juga persalinan baju Melayu tradisional yang dilengkapi tengkolok dan samping songket bernilai RM3,000 yang diterima daripada Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA).

 

Mohd Faiz berkata, beliau akan melihat kepada keadaan di Zurich untuk memakai persalinan itu, kerana cuaca sejuk di sana negatif lapan.

 

Sebelum ini, rakyat Jepun berbangga apabila pemain bola sepak wanita Jepun, Homare Sawa naik ke pentas dengan memakai baju tradisional, Kimono ketika menerima trofi Pemain Wanita Terbaik Dunia pada Anugerah FIFA 2011.-SuaraTV

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: