Berhantu : Istana Ratu Sweden


STOCKHOLM – Ratu Silvia dari Sweden menegaskan istana yang didudukinya ketika ini berhantu, menurut dokumentari yang disiarkan kepada umum Khamis ini.

 

“Ada rakan-rakan kecil, hantu. Mereka peramah tetapi kadang-kadang berasa anda tidak berseorangan.

 

“Ia mengujakan tetapi tidak menakutkan,” katanya dalam dokumentari yang disiarkan SVT.

 

Istana Drottningholm, yang berada dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO, dibina pada 1600-an di pulau Lovon di Stockholm.

 

Ia adalah kediaman tetap Raja Carl XVI Gustaf dan Ratu Silvia, 77, anak kepada ahli perniagaan Jerman dan wanita Brazil.

 

Mereka berkahwin 40 tahun lalu, menjadikan beliau ialah ratu paling lama berkhidmat di negara itu. Iparnya, Puteri Christina, turut menyokong dakwaan Istana Drottningholm berhantu.

 

“Terlalu banyak tenaga dalam rumah ini. Ia pasti pelik jika tidak muncul dalam bentuk samaran.

 

“Ada kisah mengenai hantu dalam rumah lama. Mereka sudah mempengaruhi orang ramai sejak beberapa abad. Tenaga itu kekal,” Christina dipetik sebagai berkata dalam dokumentari itu. – AGENSI/BH


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA

© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.