Rani Kulup Dilayan Dua Isteri Ketika Demam

KUALA LUMPUR – Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih mesra dipanggil ‘ayah’ menerima layanan kedua-dua isterinya ketika demam.

 

Beliau yang berkongsikan gambar disuap makanan kegemaran menerusi laman Facebooknya berkata, bersyukur kerana telah dianugerahkan isteri yang mengambil berat kesihatannya.

 

“Alhamdulillah…di keberkatan doa anda semua ayah dah beransur pulih dari demam. Malam ini pulak Isteri pertama ayah datang bawak makanan apam kegemaran ayah…aduhhhai.

 

“Kedua dua isteri ayah sedang menyuapkan makanan ….kipidap DonGibab,”katanya.

 

Terdahulu, Rani antara mereka yang boleh dianggap berjaya kerana sehingga kini hidup bahagia di sisi dua isterinya yang dikahwini 14 tahun lalu.

 

Sepanjang 14 tahun berkahwin, Rani mendakwa rumah tangganya tidak pernah bergolak walaupun sekali, malah kedua-dua isterinya itu sangat kasih kepada beliau sehingga boleh dibawa bersama dalam satu majlis.-SuaraTV

One thought on “Rani Kulup Dilayan Dua Isteri Ketika Demam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *