‘Lembaga’ Ikut Wanita, Jadi Tanda Tanya

KUALA LUMPUR – Satu keluarga mendakwa telah diekori lembaga setiap kali keluar daripada rumah.

 

Menerusi sebuah video yang dikongsikan sebuah portal radio, video yang berdurasi hampir seminit itu memperlihatkan satu lembaga bewarna putih mengiringi wanita yang berjalan keluar daripada kawasan kejiranan yang tidak dinyatakan.

 

Menurut sumber, keluarga itu sentiasa mengadu terasa seperti diekori setiap kali keluar rumah.

 

Keluarga itu didakwa membuat keputusan untuk memasang kamera litar tertutup di luar kawasan rumah mereka untuk mengenalpasti punca tersebut.

 

Selepas itu, keluarga tersebut terkejut apabila melihat beberapa ‘footage’ daripada kamera tersebut memperlihatkan satu lembaga telah mengekori keluarga terbabit.

 

Bagaimanapun, pihak SuaraTV masih mendapatkan maklumat dan pengesahan daripada pengirim video tersebut.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: