Archive for January, 2017


January 31, 2017 5:24 pm - Editorial

KUALA LUMPUR – Keputusan untuk menggantung tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Majis Amanah Rakyat (MARA) dan Pelaburan MARA Berhad (PMB) adalah baik untuk kariernya kata Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin.   Nazir yang juga merupakan Ahli Majlis Amanah Rakyat (MARA)  berkata, keputusan sebulat suara itu bertujuan untuk membersihkan nama Annuar yang […]


3:59 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

KUALA LUMPUR – Keputusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menggantung tugas Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa tidak sampai kepada pengetahuan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.   Ia berikutan keputusan MARA yang dilaporkan menggantung tugas Annuar termasuk sebagai pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB), berkuat kuasa serta-merta.   Menurut Ismail kuasa untuk menggantung […]


3:51 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pegawai Malaysia turut terlibat membantu operasi ketenteraan Arab Saudi di Yaman, selepas laporan terkini badan dunia itu mengutuk serangan ke atas Yaman sambil menyifatkannya jenayah perang.   Ia memberi amaran kepada negara lain yang membantu Riyadh, selepas penyiasatannya mendapati kebanyakan sasaran serangan di Yaman antara Mac dan […]


3:16 pm - Editorial

SINGAPURA – Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan di Pusat Kebudayaan Islam Quebec City, Kanada ketika umat Islam menunaikan solat pada Ahad malam, mengakibatkan beberapa orang maut.   Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura berkata serangan terhadap tempat beribadat tidak sepatutnya berlaku.   “Kami ingin menyampaikan ucapan takziah tidak terhingga kepada keluarga mereka yang kehilangan nyawa,” katanya dalam […]


3:10 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

PASIR PUTEH – Lebih 13 tahun pembeli rumah yang memasang impian untuk mendiami rumah sendiri masih tidak kesampaian, bahkan setiap bulan gaji mereka dipotong untuk membiayai pinjaman perumahan yang menjadi projek gajah putih.   Hasrat 96 orang pembeli pangsapuri 10 tingkat di Tok Bali di sini semakin kabur apabila pangsapuri berkenaan sudah menjadi sarang nyamuk dan […]


2:57 pm - Editorial

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pelaburan MARA Berhad (PMB) yang digantung tugas mendakwa pihaknya langsung tidak mengetahui mengenai mesyuarat tergempar yang dihadiri semua Ahli Majlis MARA hari ini.   Tan Sri Annuar Musa melalui laman Facebook berkata pihaknya hanya dimaklumkan mengenai perkara tersebut ketika dihubungi oleh Ketua Pengarah MARA,Datuk Ibrahim Ahmad […]


2:52 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa membatalkan semua program rasmi MARA yang dihadirinya di New Zealand bagi menghormati penggantungannya sebagai Pengerusi MARA dan Pelaburan MARA Berhad (PMB), yang berkuat kuasa serta-merta, hari ini.   Katanya, beliau baharu saja selesai bermesyuarat bersama Kolej Yayasan Saad dan Queenstown Recreational College (Otago University), hari ini dan esok […]


2:36 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

BANDAR SERI BEGAWAN – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi tiba di sini sempena lawatan rasmi pertamanya ke Brunei sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.   Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam, beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga dan Industri Brunei, Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr) Awang […]


2:28 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah mengambil tindakan merobohkan tokong Cina menyerupai masjid di Jalan Makyong 5E/KU5, Bandar Bukit Raja di sini pada pukul 9 pagi tadi.   Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, pembinaan tokong Cina itu dilakukan di atas tanah milik kerajaan.   “Pemilik berjanji untuk merobohkannya selepas perayaan Tahun […]


2:17 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

KUALA LUMPUR – Pasangan panda, Xing Xing dan Liang Liang masih menjadi antara tarikan utama di Zoo Negara apabila pengunjung sepanjang cuti perayaan Tahun Baharu Cina begitu ramai memenuhi Pusat Pemuliharaan Panda di situ.   Tiba di negara ini pada 2014 untuk dipinjamkan selama 10 tahun, ia melambangkan hubungan diplomatik baik antara Malaysia-China.   Selepas […]


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA


© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.